WELCOME TO MIZA'S BLOG,SORRY IF MY BLOG NOT TOO BEAUTIFUL LIKE OTHERS, HOPE YOU ENJOY READING MY BLOG,THANK YOU :DD

Tuesday 17 September 2013

Sama-sama kita berkongsi ilmu.

Barangsiapa yang tidak mampu berbuat kebaikan, cukuplah dia berniat melakukannya. Boleh jadi niat seseorang itu lebih baik daripada perbuatannya.

Dalam hadis Abu Kabsyah Al-Anmari disebutkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Dunia ini milik 4 golongan:

(Pertama): Hamba yang diberi rezeki oleh Allah SWT berupa harta dan ilmu, kemudian dengan keduanya itu dia bertaqwa kepada Tuhan, menyambung silaturrahim, dan mengetahui hak-hak Allah di dalamnya. Inilah kedudukan yang paling baik."

(Kedua): Hamba yang diberi rezeki oleh Allah SWT berupa ilmu, tetapi tidak diberi harta. Kemudian dengan niat yang tulus dia berkata, "Andaikata aku punya harta, aku akan melakukan sesuatu seperti Si Fulan." Maka, dengan niatnya itu, pahala mereka berdua sama.

(Ketiga): Hamba yang diberi rezeki oleh Allah SWT berupa harta, tetapi tidak diberi ilmu. Hasilnya, harta itu dia belanjakan tidak berdasarkan ilmu. Selain itu, harta itu tidak digunakan untuk bertaqwa kepada Tuhan dan menyambung silaturrahim. Dan, ia tidak mengetahui hak-hak Allah di dalam harta itu. Inilah kedudukan paling buruk.

(Keempat): Hamba yang tidak diberi rezeki oleh Allah SWT, baik berupa harta maupun ilmu. Kemudian dia berkata, "Andaikata aku punya harta, aku akan melakukan seperti yang diperbuat Si Fulan."Maka, dengan niatnya itu, dosa mereka berdua sama."
(HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ath-Thabarani dan Al-Baihaqi)

No comments:

Post a Comment

*Assalamualaikum
*komen lh jika mahu
*Terima Kasih ^_^